AKTA BERKAITAN DENGAN
KEWARTAWANAN
AKTA HASUTAN 1948
Akta
ini membincangkan mengenai kesalahan atau kecederungan menghasut sama ada
melalui kata-kata, ucapan, perbuatan atau apa-apa bentuk penerbitan.
Perkara ini diperuntukan dibawah seksyen 3(1)(a) hingga seksyen 3(1)(f) akta
hasutan 1948. Menghasut melibatkan kebangkitan perasaan benci terhadap
mana-mana, raja atau kerajaan, pentabiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak
puas hati dikalangan rakyat sehinggakan membangkitkan permusuhan antara kaum,
dan mempersoalkan kedudukan dan kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, agama islam
sebagai agama rasmi serta keistimewaan orang melayu dan raja.
Bagi
pengamal media dan golongan wartawan, mereka mestilah mematuhi undang-undang
yang telah ditetapkan supaya setiap berita atau penyiaran yang dilakukan
mematuhi piawaian. Jika melanggar peraturan yang telah ditetapakan mereka
akan didakwa. Contohnya dalam kes Melan bin Abdullah, akhbar harian
Utusan Melayu yang disiarkan pada 6 April 1971 telah menyiarkan sebuah artikel
yang bertajuk ‘’Hapuskan Sekolah Beraliran Tamil dan Cina di negara ini’’.
Tertuduh merupakan Ketua Pengarang akhbar dan didapati bersalah sehingga
dibicarakan di Mahkamah. Semua ini jelas memberi gambaran kepada
kita bahawa kebebasan media mestilah seiring dengan undang –undang supaya
tidak menjadi kontrovesi sehingga menggugat keharmonian negara dalam mencari
sebuah kebebasan bersuara.
AKTA KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA (PINDAAN) 2004
Antara
tujuan akta ini ialah mewujudkan rangka kerja perlesenan dan mengawalselia
industri komunikasi dan multimedia dibawah kuasa menteri Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM). Setiap bahan yang dikeluarkan oleh
organisasi media perlulah bertapis supaya tidak menjadi kesalahan dalam
penyiaran terutamanya jika melibatkan isu-isu yang menggugat keamanan
negara. Perkembangan media sosial hari ini menyebabkan ramai orang mula
bersuara dengan bebas menyatakan hak dan kepentingan tertentu. Perkara
ini memberi penjelasan bahawa media boleh digunakan secara bebas jika
tidak melibatkan isu sensitif. Jika wujudya isu sensitif, pengguna media
massa akan disiasat oleh SKMM dan sekiranya didapati bersalah pengguna akan
dikenakan tindakan akta undang-undang siber seperti Akta Jenayah Komputer, Akta
Tandatangan Digital dan Akta Teleperubatan, mengikut kesalahan yang dilakukan
oleh seseorang.
AKTA FITNAH 1957
Bertujuan melindungi masyarakat daripada menjadi bahan
fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah kata-kata dusta
mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. Akta
fitnah merupakan undang-undang sivil. Jika fitnah itu mengandungi unsur
jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika
didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah,
tanggungjawab membuktikan sesuatu (burden of proof) terletak pada yang dituduh membuat
fitnah. Pihak yang tertuduh perlu membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya
itu adalah benar dan merupakan berita atau ulasan yang adil (fair comment) dan dibuat untuk
kepentingan orang ramai.
CONTOH KES KEBEBASAN
AKHBAR DI MALAYSIA
KES 1: WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA DIHALANG MEMBUAT LIPUTAN
Seorang
wartawan yang bekerja dengan akhbar Utusan Malaysia telah dihalang daripada
membuat liputan pada majlis perlantikan baru ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)
di Pulau Pinang pada tahun lepas. Mohd Firdaus 27 merupakan salah seorang
wartawan yang bertugas di Utusan Malaysia. Demi melakukan tugasnya, beliau
berangkat ke Pulau Pinang dan tiba di perkarang DUN kira-kira pukul 9.30 pagi,
tetapi beliau kemudiannya terkejut apabila diberitahu bahawa beliau tidak
dibenarkan membuat liputan atas arahan orang atasan. Disebabkan rasa tidak puas
hati dan merasakan hak kebebasan media telah dipermainkan, wartawan Utusan
Malaysia ini telah menulis kata di atas kad yang berbunyi “Ketulusan telah mati
di sini”.
Beliau
kemudiannya memegang kad tersebut dan berarak seorang diri dihadapan DUN
Pulau Pinang. Melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohd
Firdaus memberitahu bahawa beliau pernah dihalang sebelum ini untuk membuat
liputan, namun atas sebab tertentu beliau merahsiakannya. Malah, wartawan
Utusan ini juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu
usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui. Wartawan ini juga
melahirkan kekecewaan pada negeri yang sering melaungkan kebebasan media ini
tetapi tidak berusaha untuk mengamal dan mempertahankannya.
KES 2: WARTAWAN
TIDAK DIBENARKAN MENEMURAMAH KELUARGA MANGSA MH17
Seorang
jurugambar The New Straits Times, Mohd Aizuddin telah ditumbuk oleh kenalan
mangsa MH17. Ketika kejadian, jurugambar itu bersama wartawan-wartawan lain
sedang membuat liputan mayat tiga beranak mangsa pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH17, Subashni J. Retnam; suaminya, Paul Goes dan bayi perempuan mereka,
Kaelamayajay yang tiba di Malaysia. Bagaimanapun, orang ramai bersama petugas
di pusat itu berjaya meredakan keadaan, manakala Mohd. Aizuddin Akmal dihantar
ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Berikutan dengan keadaan
ini, wartawan yang mula berkumpul sejak 8 pagi di rumah ibu bapa mangsa
di Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras di sini juga tidak dibenarkan menemui
keluarga Subashni atau dikenali sebagai Shuba oleh seorang lelaki yang
dipercayai ahli keluarga terdekatnya dengan alasan mereka masih bersedih.