lagu

Isnin, 6 Februari 2017

ETIKA KEWARTAWANAN MALAYSIA
Etika Kewartawanan Malaysia mengandungi dua bahagian Mukadimah dan Perkara.
   ØMukadimah, pada umumnya, menerangkan hubungan wartawan dengan masyarakat persekitarannya, peranannya mengekalkan keamanan kestabilan negara dan imej wartawan yang berwibawa, berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap negara dan masyarakat.
    ØPrinsip Rukun Negara, teras dan garis panduan hidup masyarakat Malaysia, diutamakan dalam Etika Kewartawanan Malaysia kerana masalah perkauman, ketaksuban agama, kestabilan dan keselamatan negara. Usaha mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia juga dihuraikan secara terperinci dalam prinsip Rukun Negara.
    ØKaum wartawan Malaysia yang menerima Etika Kewartawanan Malaysia bererti bersetuju menghormati prinsip-prinsip terkandung dalam Rukun Negara:
            i) Kepercayaan kepada Tuhan
           ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
          iii) Keluhuran Perlembagaan
          iv) Kedaulatan Undang-Undang
           v) Kesopanan dan Kesusilaan
    ØKecuaian untuk menghormati prinsip-prinsip tersebut menampakkan sikap tidak atau kurang bertanggungjawab ketika menjalankan profesionnya dan keadaan ini boleh menjejaskannilai moral dan akhlak seseorang wartawan.
   Ø Dalam menghayati Etika Kewartawanan Malaysia, wartawan perlu menyedari peranannya untuk memberi sumbangan kepada proses pembinaan negara dengan cara menyedarkan pembacanya supaya menyokong segala projek pembangunan yang menguntungkan rakyat.
   Ø Kaum wartawan juga bertanggungjawab memberi sumbangan dalam usaha memupuk keharmonian antara kaum, perpaduan nasional dan penggubalan sesuatu dasar negara. Wartawan perlu sedar bahawa dalam negara demokratik mereka dikehendaki menggunakan kemahiran untuk mewujudkan suasana saling menghormati, saling mempercayai dan saling memahami di kalangan masyarakat dan mencegah timbulnya perasaan curiga dan prasangka.
    ØBahaya komunisme, perkauman dan ketaksuban agama kepada kestabilan dan keselamatan negara dapat dikesani dari keadaan 12 tahun Darurat, insiden 13hb. Mei 1969 dan peristiwa-peristiwa berkaitan dengan etnik dan agama yang pernah berlaku di negara-negara lain.

   Ø Kewujudan masyarakat yang liberal, toleran dan demokratik perlu dipupuk dalam negara yang berbilang kaum, agama dan budaya. Begitu juga dengan peranan dan tradisi kewartawanan bebas dan bertanggungjawab untuk melaporkan kebenaran tanpa rasa takut atau berat sebelah. Sesungguhnya, wartawan yang cekap, jujur dan amanah menjadi aset kepada negara dan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan