lagu

Isnin, 6 Februari 2017

AKTA BERKAITAN DENGAN KEWARTAWANAN


AKTA HASUTAN 1948

Akta ini membincangkan mengenai kesalahan atau kecederungan menghasut sama ada melalui kata-kata, ucapan, perbuatan atau apa-apa bentuk penerbitan.  Perkara ini diperuntukan dibawah seksyen 3(1)(a) hingga seksyen 3(1)(f) akta hasutan 1948.  Menghasut melibatkan kebangkitan perasaan benci terhadap mana-mana, raja atau kerajaan, pentabiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat sehinggakan membangkitkan permusuhan antara kaum, dan mempersoalkan kedudukan dan kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, agama islam sebagai agama rasmi serta keistimewaan orang melayu dan raja.
Bagi pengamal media dan golongan wartawan, mereka mestilah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan supaya setiap berita atau penyiaran yang dilakukan mematuhi piawaian.  Jika melanggar peraturan yang telah ditetapakan mereka akan didakwa.  Contohnya dalam kes Melan bin Abdullah, akhbar harian Utusan Melayu yang disiarkan pada 6 April 1971 telah menyiarkan sebuah artikel yang bertajuk ‘’Hapuskan Sekolah Beraliran Tamil dan Cina di negara ini’’. Tertuduh merupakan Ketua Pengarang akhbar dan didapati bersalah sehingga dibicarakan di Mahkamah.   Semua ini jelas memberi gambaran kepada kita bahawa kebebasan media mestilah seiring dengan  undang –undang supaya tidak menjadi kontrovesi sehingga menggugat keharmonian negara dalam mencari sebuah kebebasan bersuara.

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2004

Antara tujuan akta ini ialah mewujudkan rangka kerja perlesenan dan mengawalselia industri komunikasi dan multimedia dibawah kuasa menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Setiap bahan yang dikeluarkan oleh organisasi media perlulah bertapis supaya tidak menjadi kesalahan dalam penyiaran  terutamanya jika melibatkan isu-isu yang menggugat keamanan negara.  Perkembangan media sosial hari ini menyebabkan ramai orang mula bersuara dengan bebas menyatakan hak dan kepentingan tertentu.  Perkara ini memberi  penjelasan bahawa media boleh digunakan secara bebas jika tidak melibatkan isu sensitif.  Jika wujudya isu sensitif, pengguna media massa akan disiasat oleh SKMM dan sekiranya didapati bersalah pengguna akan dikenakan tindakan akta undang-undang siber seperti Akta Jenayah Komputer, Akta Tandatangan Digital dan Akta Teleperubatan, mengikut kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.

AKTA FITNAH 1957
Bertujuan melindungi masyarakat daripada menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah kata-kata dusta mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. Akta fitnah merupakan undang-undang sivil. Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah, tanggungjawab membuktikan sesuatu (burden of proof) terletak pada yang dituduh membuat fitnah. Pihak yang tertuduh perlu membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya itu adalah benar dan merupakan berita atau ulasan yang adil (fair comment) dan dibuat untuk kepentingan orang ramai.

CONTOH KES KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA

KES 1: WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA DIHALANG MEMBUAT LIPUTAN

Seorang wartawan yang bekerja dengan akhbar Utusan Malaysia telah dihalang daripada membuat liputan pada majlis perlantikan baru ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada tahun lepas. Mohd Firdaus 27 merupakan salah seorang wartawan yang bertugas di Utusan Malaysia. Demi melakukan tugasnya, beliau berangkat ke Pulau Pinang dan tiba di perkarang DUN kira-kira pukul 9.30 pagi, tetapi beliau kemudiannya terkejut apabila diberitahu bahawa beliau tidak dibenarkan membuat liputan atas arahan orang atasan. Disebabkan rasa tidak puas hati dan merasakan hak kebebasan media telah dipermainkan, wartawan Utusan Malaysia ini telah menulis kata di atas kad yang berbunyi “Ketulusan telah mati di sini”.
Beliau  kemudiannya memegang kad tersebut dan berarak seorang diri dihadapan DUN Pulau Pinang. Melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohd Firdaus memberitahu bahawa beliau pernah dihalang sebelum ini untuk membuat liputan, namun atas sebab tertentu beliau merahsiakannya. Malah, wartawan Utusan ini juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui. Wartawan ini juga melahirkan kekecewaan pada negeri yang sering melaungkan kebebasan media ini tetapi tidak berusaha untuk mengamal dan mempertahankannya.


KES 2:  WARTAWAN TIDAK DIBENARKAN MENEMURAMAH KELUARGA MANGSA MH17

Seorang jurugambar The New Straits Times, Mohd Aizuddin telah ditumbuk oleh kenalan mangsa MH17. Ketika kejadian, jurugambar itu bersama wartawan-wartawan lain sedang membuat liputan mayat tiga beranak mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Subashni J. Retnam; suaminya, Paul Goes dan bayi perempuan mereka, Kaelamayajay yang tiba di Malaysia. Bagaimanapun, orang ramai bersama petugas di pusat itu berjaya meredakan keadaan, manakala Mohd. Aizuddin Akmal dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Berikutan dengan keadaan ini,  wartawan yang mula berkumpul sejak 8 pagi di rumah ibu bapa mangsa di Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras di sini juga tidak dibenarkan menemui keluarga Subashni atau dikenali sebagai Shuba oleh seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga terdekatnya dengan alasan mereka masih bersedih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan