lagu

Isnin, 6 Februari 2017



Menurut Saiful Nujaimi Abdul Rahman (2009), terdapat sembilan aspek permasalahan etika yang sering dihadapi oleh para wartawan. Masalah etika ini berevolusi menjadi dilema dunia kewartawanan di seluruh dunia. Antara aspek tersebut ialah

i. Muslihat                   
Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan berita.
Seperti menipu atau menambah-nambah berita.

ii. Konflik kepentingan
Apabila wartawan dan agensi memiliki kepentingan peribadi.
Seperti melindungi agensi atau wartawan itu sendiri dengan menukar berita.

iii. Setiakawan
Apabila perlu melaporkan berita negatif yang melibatkan rakan-rakan.
Seperti memilih kasih atau melindungi rakan dengan mengubah berita asal.

iv. Pemberian
Apabila diberikan cenderamata dalam pelbagai bentuk.
Seperti menerima habuan atau dalam kata lain rasuah demi sesebuah berita atau informasi.

v. Pemberitaan berbayar
Apabila agensi luar membeli kolum akhbar untuk memuatkan berita bercorak promosi dan publisiti syarikatnya dalam bentuk berita sisipan.
Seperti iklan atau promosi yang kebiasaannya diletakkan di dalam surat khabar dan majalah.

vi. Kecenderungan peribadi
Apabila agensi atau wartawan berpihak kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen tertentu.
Hal atau isu sebegini boleh dikatakan sebagai berat sebelah dan hanya menyampaikan isu dari sebelah pihak sahaja dan tidak tepat.

vii. Pencerobohan ruang privasi
Apabila wartawan menceroboh ruang privasi seseorang sumber atau figura atas dan melaksanakan tugas-tugas pemberitaan.Hal ini berlaku apabila wartawan tidak mematuhi etika kewartawanan dan hanya menumpukan perhatian untuk mendapatkan berita terkini.

viii. Mengekang maklumat
Apabila wartawan merahsiakan sesetengah maklumat yang diperolehi demi menggunakan maklumat itu untuk kemudian hari.
Hal ini berlaku apabila wartawan tidak mempunyai sifat atau sikap integriti dalam diri.

ix. Penciplakan
Apabila wartawan menggunakan atau menyalin berita yang telah ditulis oleh rakan   atau agensi media lain untuk tujuan rujukan,tetapi tidak memberi penghargaan yang sewajarnya.Isu ini dalam kata lain adalah peniruan atau pengambilan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan maklumat yang dimiliki oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan