lagu

Isnin, 6 Februari 2017


Kesimpulannya definisi etika kewartawanan ialah tindakan, cara, ciri dan penulisan bagi seseorang wartawan dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Manakala konsep kewartawanan menurut islam ialah wartawan berperanan sebagai pendidik dalam masyarakat yang membawa masyarakat kearah kebaikan dan kewartawanan dijadikan sebagai ibadah apabila melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas, kesungguhan, tanggungjawab dan menyedari dengan penuh keinsafan bahawa tugas dan peranannya sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia ini. Etika kewartawanan secara umumnya ialah perlu wujudnya sifat kejujuran dalam diri seseorang wartawan. Ianya termasuklah untuk melaporkan berita yang benar dan sah tanpa melakukan sebarang perubahan fakta mengenai sesuatu berita-berita yang berbaur fitnah terhadap seseorang, merahsiakan fakta yang perlu dirahsiakan dan sebagainya.


Hal ini kerana tanpa sikap kejujuran dalam diri seseorang wartawan ianya adalah menyalahi etika kewartawanan. Manakala, etika kewartawanan menurut islam ialah seseorang wartawan itu perlu mengamalkan disiplin ilmu dalam periwayatan hadis sebagai cara untuk menafsir, menganalisis dan mengunakan sesuatu sumber untuk melaporkan berita. Disiplin ilmu peiwayatan hadis yang sangat ketat perlu dicontohi oleh para wartawan agar dapat melaporkan berita yang benar-benar sahih faktanya supaya dapat mengelakkan berlakunya fitnah terhadap perkara yang akan dilaporkan. Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan islam yang perlu dipatuhi oleh wartaan islam iaitu niat melakukan tugas kerana Allah SWT, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi  dan yang paling penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan sesuatu berita dan serta sumbersesuatu berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada masyarakat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan