lagu

Isnin, 6 Februari 2017




KOD NAMA KURSUS : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM (DUA 6022)

TAJUK PROJEK : TUNTUTAN ETIKA KEWARTAWANAN DAN KEHENDAK MAJIKAN
                               SERING MENJADI KONFLIK DALAM BIDANG KEWARTAWANAN    
                               JELASKAN  KOD ETIKA KEWARTAWANAN MENURUT ISLAM

Nama pensyarah : USTAZAH ROHANI BINTI RAZAK

Jabatan Pensyarah : JABATAN PENGAJIAN AM

Nama Pelajar : MUHAMMAD SYARIF BIN NGAH

No. Pendaftaran : 12DIP14F2015

Program : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT(PENGATURCARAAN)

Kelas : DIP5A

Sesi : DISEMBER 2016
OBJEKTIF

Ø  Melengkapi modul pembelajaran bagi kursus komunikasi dan penyiaran islam
Ø  Memahami etika kewartawanan dan undang-undang menurut islam.
Ø Lebih mengenali dan memahami peranan seorang wartawan dalam                 
    menyiarkan info menurut islam.
     Ø  Dapat mengetahui risiko sebagai seorang wartawan.

PENGENALAN

Secara umumnya, wartawan ialah golongan yang menyampaikan informasi dan maklumat. Wartawan bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat sama ada ia memberi impak dari segi sosial, ekonomi mahupun politik. Oleh hal demikian mereka digelar wartawan sukan, wartawan hiburan, dan sebagainya kerana skop penulisan mereka yang berbeza antara satu sama lain. Wartawan merupakan tonggak utama dalam pembangunan masyarakat yang berperanan besar untuk menstimulasikan pemikiran dan pandangan masyarakat. Wartawan juga mampu membuat perubahan sosial, mencetus idea, membina kesedaran dan inovasi baru. Ringkasnya, wartawan dalam pembangunan dapat bertindak sebagai wadah sumber pengetahuan.
PRINSIP-PRINSIP UTAMA KEWARTAWANAN
  Bahawasanya wartawan Malaysia adalah mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara dan cita-cita nasional yang terkandung didalamnya .
·         Menyedari peranannya untuk memberi sumbangan kepada proses membina Negara.
·         Menyedari kewajipannya untuk memberi sepenuh sumbangan pada memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional.
·         Menyedari peri bahaya komunisme, perkauman dan ketaksuban agama kepada kestabilan dan keselamatan Negara.
·         Menyedari pentingnya masyarakat liberal, toleran, demokratis dan peranan tradisi kewartawanan bebas dan tanggungjawab yang berkhidmat untuk rakyat dengan melaporkan fakta-fakta yang benar tanpa rasa takut dan berat sebelah.
·         Menyedari bahawa kewartawanan yang amanah adalah suatu aset kepada Negara.
·         Menyedari bahawa tiada sebarang sekatan boleh diadakan bagi penyertaan seseorang dalam profesion wartawan.

·         Menyedari kewajipan kaum wartawan untuk memberi sumbangan kepada penggubalan sesuatu dasar Negara.

Menurut Nik Yusri Musa (2009), etika merupakan sesuatu sistem dasar akhlak atau tingkah laku dan kesusilaan seseorang wartawan. Istilah ini digunakan secara meluas dan lebih umum bagi menggambarkan prinsip-prinsip moral atau nilai dalam sistem hidup manusia tidak kira apa bentuk dan jenis kebudayaan sekalipun. Dasar etika digunakan dalam apa jua disiplin ilmu dan kemahiran sebagai suatu usaha untuk mengawal dan menyedarkan manusia tentang peranan dan tanggungjawab sebagai individu peribadi dan pekerja sosial. Antara etika perlu ada dalam diri seorang wartawan ialah


i. Setiap wartawan perlulah mempunyai ilmu keagamaan dalam menulis menerbitkan karya mereka. Mereka juga haruslah menulis sesuatu karya atau bahan berasaskan atau berpandukan Al quran dan Al sunnah.

ii. Sifat atau sikap mancela dan memuji seseorang. Sifat ini ialah satu sifat yang dikemukakan oleh para ulama’ Islam terutama sekali yang berkecimpung   dalam bidang hadis.Tujuan utama sifat ini bukannya mencaci, mencela atau memuji seseorang tanpa tujuan yang betul malah cacaian dan pujian itu semata-mata untuk menjaga kesahihan serta kebenaran riwayat yang diterima.

Selain itu, menurut H.M.Tuah Iskandar (1990), dalam pembentukan etika kewartawanan Islam, etika umum yang diperkenalkan itu tidak memadai untuk dijadikan nadi kepada satu aktiviti yang penting di mana disitu terletaknya keberkesanan dakwah Islamiah samada diterima atau berlaku sebaliknya oleh mana-mana wartawan yang tidak mengikut etika yang sebenar ketika menulis sesuatu berita. Antara etika kewartawanan Islam ialah:

        i. Ilmu agama berasaskan Al-quran dan Sunnah.
                      
        ii. Sifat atau sikap mencela dan memuji seseorang ialah ilmu dikemukakan oleh para Ulama Islam yang di dalam bidang hadis, bertujuan untuk menjaga kesahihan dan kebenaran riwayat yang diterima.
                          
        iii.  Betulkan niat semata-mata kerana Allah.
                                                                                                                                                            
iv.Memulakan setiap kerja dengan Bismillah dan apabila selesai mengucapkan Alhamdulillah.

        v.  Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan fardhu kifayah.

        vi. Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran.

        vii. Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

     viii. Melaksanakan Islam dalam diri dan keluarga dengan perkara-perkara wajib, sunat dan harus

        ix. Membenci dan meninggalkan perkara-perkara yang haram dan makruh.

        x. Menimba ilmu Islam melalui pengajian, pembacaan dan pemerhatian
KRITERIA DAN KEPERLUAN UNTUK MENJADI WARTAWAN YANG PEROFESION

           (1) Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan                               menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat                             yang benar.


Sebelum menjalankan tugas wartawan perlu mengetahui hak kebebasannya. Hak bagi wartawan menghadiri perbicaraan di mahkamah, mesyuarat dan persidangan sama sahaja dengan hak yang ada pada orang ramai. Jika meja dan kerusi disediakan khas untuk wartawan di sesuatu majlis ialah kerana penganjur atau pihak berkuasa menghargai peranan wartawan.
Kadangkala wartawan mendapat keistimewaan yang tidak diberikan kepada orang ramai. Misalnya, menghadiri mahkamah juvana. Ada wartawan mendesak supaya ia dibenarkan mengikuti perbicaraan juvana itu walaupun ia diberitahu tidak ada perkara penting yang hendak dilaporkan. Bagaimanapun, tuntutan itu dikemukakan sekadar mengingatkan pihak berkuasa tentang adanya hak wartawan.
Kadangkala wartawan dilarang menghadiri sesuatu majlis atau mesyuarat. Hal ini berlaku apabila majlis itu dikhaskan kepada ahli-ahli pertubuhan berkenaan.
Wartawan perlu mengetahui perbezaan antara mesyuarat terbuka kepada orang ramai dan mesyuarat terhad kepada ahli-ahli persatuan. Mesyuarat agung merupakan mesyuarat terhad dan pengerusi mesyuarat boleh membatasi kehadiran wartawan. Bagaimanapun, tindakan menghalang wartawan daripada menghadiri sesuatu perhimpunan terbuka kepada orang ramai adalah perbuatan menghalang wartawan daripada menjalankan tugasnya untuk kepentingan orang ramai.
Sesungguhnya, tidak ada pihak yang mahu menghalang wartawan menghadiri mesyuarat atau perhimpunannya kecuali ada sesuatu yang hendak dirahsiakan kepada orang ramai.

(2) Dalam melaksanakan tugasnya dia menghayati kebebasan                                   memungut dan   menyiarkan berita secara jujur serta berhak                                 membuat ulasan dan kritikan yang saksama.
Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar. Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu Negara dengan negara yang lain mengikut keadaan setempat. Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak. Kebebasan akhbar di Malaysia ialah kebebasan yang disertai dengan tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat, sesuai dengan prinsip dan semangat Rukun Negara.
Kebebasan akhbar secara mutlak tanpa rasa tanggungjawab boleh mengancam kestabilan negara terutama apabila media menyalahgunakan kebebasannya dan setelah pemikiran dan pandangan masyarakat menjadi tidak menentu akibat daripada kebebasan akhbar yang ekstrim dan melampau.
Media di Barat, terutama sekali, giat memperjuangkan prinsip kebebasan akhbar sedangkan mereka belum pasti dapat mengamalkan apa yang diperjuangkan kerana mereka pasti akan mempertahankan dasar dan kepentingan pemilik medianya atau untuk kepentingan golongan yang diwakilinya.
Dalam menghayati kebebasan akhbar wartawan hendaklah membuat ulasan dan kritikan membina dan saksama supaya kritikan itu tidak melulu dan dianggap bermuslihat.

Dalam keghairahan wartawan melaporkan berita perlu diingat adanya beberapa akta seperti Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Fitnah dan lain-lain yang ada kaitan secara langsung dengan profesion kewartawanan.

(3) Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk                                     mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mendapatkan berita selagi cara yang dijalankan itu wajar dan untuk kepentingan orang ramai. Wartawan yang menyamar ketika mencari berita hendaklah menghormati batas kesopanan dan kuasa undang-undang. Menyamar sebagai pegawai polis atau tentera atau doktor dan sebagainya bukanlah cara yang wajar kerana profesion yang disamari mempunyai bidang kuasa dan peraturan tertentu bagi penyandangnya.
Ketika bertugas wartawan hendaklah mengenalkan diri dan nama akhbar yang diwakili sama ada ia diminta berbuat demikian atau tidak. Tujuannya untuk memberi keyakinan kepada orang yang ditemui supaya sedar bahawa ia berhadapan dengan wartawan ketika membuat keterangan.
Perbuatan menyamar diri kadangkala dilakukan wartawan apabila bertugas membuat laporan penyiasatan (investigative reporting) dan menghadapi kesulitan untuk mendapat fakta-fakta yang perlu dan penting bagi melengkapkan kandungan laporannya. Banyak berita yang menggemparkan dihasilkan oleh wartawan bertugas secara menyamar.
Bagaimanapun, sedapat mungkin elakkanlah perbuatan menyamar ketika bertugas kecuali dalam keadaan tertentu atau terdesak.
Dalam mencari berita wartawan mempunyai hak yang sama pada orang ramai. Kesalahan melanggar kawasan (trespassing), misalnya, meliputi semua orang termasuk wartawan, kecuali mereka yang diberi kebenaran.
Dalam suatu kemalangan jalan raya misalnya, wartawan bergerak bebas menjalankan tugasnya di kawasan kemalangan sedangkan orang ramai biasanya dilarang berbuat demikian. Tetapi wartawan sayugia faham bahawa ia, seperti jua orang ramai, tanpa kebenaran khas dan bergerak bebas di kawasan kemalangan itu mungkin kerana pihak
Berkuasa menghargai peranan media untuk menyampaikan maklumat yang benar kepada orang ramai. Pihak berkuasa boleh menghalang wartawan memasuki kawasan larangan jika dirasakan perlu.
Di kawasan terbuka kepada orang ramai wartawan boleh bergerak bebas menjalankan tugas tanpa perlu mendapat kebenaran. Wartawan foto juga berhak untuk merekodkan peristiwa yang berlaku di kawasan umum (public area) tanpa diganggu atau dihalang.

Objek yang menjadi fokusnya hanya boleh melindungkan diri tetapi tidak boleh bertindak menghalang wartawan daripada menjalankan tugasnya, misalnya, dengan menutup lens foto atau merampas atau memusnahkan kamera wartawan. Jika mereka berbuat demikian wartawan terlibat boleh membuat aduan polis. Begitu juga dengan wartawan yang dikasari hingga cedera untuk menghalang mereka daripada membuat liputan.

(4) Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tepat                             hendaklah diperbetulkan.
Adalah menjadi tanggungjawab wartawan dan media untuk membetulkan sesuatu kesilapan dalam laporannya dengan segera lebih-lebih lagi kesilapan yang serius sama ada setelah mengetahui kesilapannya itu atau setelah ada permintaan pihak yang terlibat.
Keikhlasan dan kejujuran wartawan dan medianya menyiarkan sesuatu berita pembetulan dapat diukur dari kesediaannya mengakui kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja (in good faith)




Menurut Saiful Nujaimi Abdul Rahman (2009), terdapat sembilan aspek permasalahan etika yang sering dihadapi oleh para wartawan. Masalah etika ini berevolusi menjadi dilema dunia kewartawanan di seluruh dunia. Antara aspek tersebut ialah

i. Muslihat                   
Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan berita.
Seperti menipu atau menambah-nambah berita.

ii. Konflik kepentingan
Apabila wartawan dan agensi memiliki kepentingan peribadi.
Seperti melindungi agensi atau wartawan itu sendiri dengan menukar berita.

iii. Setiakawan
Apabila perlu melaporkan berita negatif yang melibatkan rakan-rakan.
Seperti memilih kasih atau melindungi rakan dengan mengubah berita asal.

iv. Pemberian
Apabila diberikan cenderamata dalam pelbagai bentuk.
Seperti menerima habuan atau dalam kata lain rasuah demi sesebuah berita atau informasi.

v. Pemberitaan berbayar
Apabila agensi luar membeli kolum akhbar untuk memuatkan berita bercorak promosi dan publisiti syarikatnya dalam bentuk berita sisipan.
Seperti iklan atau promosi yang kebiasaannya diletakkan di dalam surat khabar dan majalah.

vi. Kecenderungan peribadi
Apabila agensi atau wartawan berpihak kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen tertentu.
Hal atau isu sebegini boleh dikatakan sebagai berat sebelah dan hanya menyampaikan isu dari sebelah pihak sahaja dan tidak tepat.

vii. Pencerobohan ruang privasi
Apabila wartawan menceroboh ruang privasi seseorang sumber atau figura atas dan melaksanakan tugas-tugas pemberitaan.Hal ini berlaku apabila wartawan tidak mematuhi etika kewartawanan dan hanya menumpukan perhatian untuk mendapatkan berita terkini.

viii. Mengekang maklumat
Apabila wartawan merahsiakan sesetengah maklumat yang diperolehi demi menggunakan maklumat itu untuk kemudian hari.
Hal ini berlaku apabila wartawan tidak mempunyai sifat atau sikap integriti dalam diri.

ix. Penciplakan
Apabila wartawan menggunakan atau menyalin berita yang telah ditulis oleh rakan   atau agensi media lain untuk tujuan rujukan,tetapi tidak memberi penghargaan yang sewajarnya.Isu ini dalam kata lain adalah peniruan atau pengambilan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan maklumat yang dimiliki oleh orang lain.

Media massa mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat. Sejajar dengan itu,individu yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi masyarakat melalui media massaialah wartawan ataupun pengamal media.   Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh wartawan bagi mendapatkan sumber berita yang benar dan sahih. Antaracabaran tersebut ialah (Mustafa Haji Daud : 1996) :


i.                    Cabaran Untuk Berhadapan Dengan Golongan Berpengaruh

Terdapat segelintir dari golongan orang yang berpengaruh seperti ahli politik, artis, ahli akademik dan sebagainya mencurigakan wartawan. Mereka menganggap wartawan adalah sebagai penjaga tepi kain orang lain untuk membongkar rahsiadan seterusnya menyiarkannya kepada masyarakat.

Selain itu, wartawan juga menghadapi masalah off record yang diberikan olehgolongan yang berpengaruh untuk pengetahuan diri wartawan tetapi bukan untuk disiarkan oleh akhbar seperti isu yang melibatkan keselamatan negara, pergeseran politik dan penyelewengan kewangan

ii.                  Penawaran Sogokan (Rasuah)

Terdapat juga dari segelintir golongan mempergunakan wartawan untuk tujuan publisiti jangka panjang yang memberikan keuntungan kepada pihak tersebut. Justeru itu, mereka sanggup menawarkan beberapa   keistimewaan kepada wartawan seperti menaja kos percutian ke luar negara melalui syarikat pelancongan dan penerbangan serta memberikan sedikit saguhati berupa barangan ataupun wang.

iii.                Keraguan Terhadap Sumber Berita
                 
Wartawan juga menghadapi cabaran untuk menyampaikan berita yang benar kepada masyarakat. Hal ini kerana ada kalanya sumber yang diperolehi boleh diragui kesahihannya ataupun wartawan itu sendiri salah menafsir   sumber ataupun salah membuat kesimpulan dan analisis. Akibatnya, laporan yang disampaikan oleh wartawan akan diragui oleh masyarakat
ETIKA KEWARTAWANAN MALAYSIA
1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar.
2. Dalam melaksanakan tugas ini dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritik yang saksama.
3. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar/filem dan dokumen.
4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan;
5. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
6. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
7. Wartawan hendaklah menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.
8. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.
ETIKA KEWARTAWANAN MALAYSIA
Etika Kewartawanan Malaysia mengandungi dua bahagian Mukadimah dan Perkara.
   ØMukadimah, pada umumnya, menerangkan hubungan wartawan dengan masyarakat persekitarannya, peranannya mengekalkan keamanan kestabilan negara dan imej wartawan yang berwibawa, berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap negara dan masyarakat.
    ØPrinsip Rukun Negara, teras dan garis panduan hidup masyarakat Malaysia, diutamakan dalam Etika Kewartawanan Malaysia kerana masalah perkauman, ketaksuban agama, kestabilan dan keselamatan negara. Usaha mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia juga dihuraikan secara terperinci dalam prinsip Rukun Negara.
    ØKaum wartawan Malaysia yang menerima Etika Kewartawanan Malaysia bererti bersetuju menghormati prinsip-prinsip terkandung dalam Rukun Negara:
            i) Kepercayaan kepada Tuhan
           ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
          iii) Keluhuran Perlembagaan
          iv) Kedaulatan Undang-Undang
           v) Kesopanan dan Kesusilaan
    ØKecuaian untuk menghormati prinsip-prinsip tersebut menampakkan sikap tidak atau kurang bertanggungjawab ketika menjalankan profesionnya dan keadaan ini boleh menjejaskannilai moral dan akhlak seseorang wartawan.
   Ø Dalam menghayati Etika Kewartawanan Malaysia, wartawan perlu menyedari peranannya untuk memberi sumbangan kepada proses pembinaan negara dengan cara menyedarkan pembacanya supaya menyokong segala projek pembangunan yang menguntungkan rakyat.
   Ø Kaum wartawan juga bertanggungjawab memberi sumbangan dalam usaha memupuk keharmonian antara kaum, perpaduan nasional dan penggubalan sesuatu dasar negara. Wartawan perlu sedar bahawa dalam negara demokratik mereka dikehendaki menggunakan kemahiran untuk mewujudkan suasana saling menghormati, saling mempercayai dan saling memahami di kalangan masyarakat dan mencegah timbulnya perasaan curiga dan prasangka.
    ØBahaya komunisme, perkauman dan ketaksuban agama kepada kestabilan dan keselamatan negara dapat dikesani dari keadaan 12 tahun Darurat, insiden 13hb. Mei 1969 dan peristiwa-peristiwa berkaitan dengan etnik dan agama yang pernah berlaku di negara-negara lain.

   Ø Kewujudan masyarakat yang liberal, toleran dan demokratik perlu dipupuk dalam negara yang berbilang kaum, agama dan budaya. Begitu juga dengan peranan dan tradisi kewartawanan bebas dan bertanggungjawab untuk melaporkan kebenaran tanpa rasa takut atau berat sebelah. Sesungguhnya, wartawan yang cekap, jujur dan amanah menjadi aset kepada negara dan masyarakat.
AKTA BERKAITAN DENGAN KEWARTAWANAN


AKTA HASUTAN 1948

Akta ini membincangkan mengenai kesalahan atau kecederungan menghasut sama ada melalui kata-kata, ucapan, perbuatan atau apa-apa bentuk penerbitan.  Perkara ini diperuntukan dibawah seksyen 3(1)(a) hingga seksyen 3(1)(f) akta hasutan 1948.  Menghasut melibatkan kebangkitan perasaan benci terhadap mana-mana, raja atau kerajaan, pentabiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat sehinggakan membangkitkan permusuhan antara kaum, dan mempersoalkan kedudukan dan kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, agama islam sebagai agama rasmi serta keistimewaan orang melayu dan raja.
Bagi pengamal media dan golongan wartawan, mereka mestilah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan supaya setiap berita atau penyiaran yang dilakukan mematuhi piawaian.  Jika melanggar peraturan yang telah ditetapakan mereka akan didakwa.  Contohnya dalam kes Melan bin Abdullah, akhbar harian Utusan Melayu yang disiarkan pada 6 April 1971 telah menyiarkan sebuah artikel yang bertajuk ‘’Hapuskan Sekolah Beraliran Tamil dan Cina di negara ini’’. Tertuduh merupakan Ketua Pengarang akhbar dan didapati bersalah sehingga dibicarakan di Mahkamah.   Semua ini jelas memberi gambaran kepada kita bahawa kebebasan media mestilah seiring dengan  undang –undang supaya tidak menjadi kontrovesi sehingga menggugat keharmonian negara dalam mencari sebuah kebebasan bersuara.

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2004

Antara tujuan akta ini ialah mewujudkan rangka kerja perlesenan dan mengawalselia industri komunikasi dan multimedia dibawah kuasa menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Setiap bahan yang dikeluarkan oleh organisasi media perlulah bertapis supaya tidak menjadi kesalahan dalam penyiaran  terutamanya jika melibatkan isu-isu yang menggugat keamanan negara.  Perkembangan media sosial hari ini menyebabkan ramai orang mula bersuara dengan bebas menyatakan hak dan kepentingan tertentu.  Perkara ini memberi  penjelasan bahawa media boleh digunakan secara bebas jika tidak melibatkan isu sensitif.  Jika wujudya isu sensitif, pengguna media massa akan disiasat oleh SKMM dan sekiranya didapati bersalah pengguna akan dikenakan tindakan akta undang-undang siber seperti Akta Jenayah Komputer, Akta Tandatangan Digital dan Akta Teleperubatan, mengikut kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.

AKTA FITNAH 1957
Bertujuan melindungi masyarakat daripada menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah kata-kata dusta mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. Akta fitnah merupakan undang-undang sivil. Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah, tanggungjawab membuktikan sesuatu (burden of proof) terletak pada yang dituduh membuat fitnah. Pihak yang tertuduh perlu membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya itu adalah benar dan merupakan berita atau ulasan yang adil (fair comment) dan dibuat untuk kepentingan orang ramai.

CONTOH KES KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA

KES 1: WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA DIHALANG MEMBUAT LIPUTAN

Seorang wartawan yang bekerja dengan akhbar Utusan Malaysia telah dihalang daripada membuat liputan pada majlis perlantikan baru ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada tahun lepas. Mohd Firdaus 27 merupakan salah seorang wartawan yang bertugas di Utusan Malaysia. Demi melakukan tugasnya, beliau berangkat ke Pulau Pinang dan tiba di perkarang DUN kira-kira pukul 9.30 pagi, tetapi beliau kemudiannya terkejut apabila diberitahu bahawa beliau tidak dibenarkan membuat liputan atas arahan orang atasan. Disebabkan rasa tidak puas hati dan merasakan hak kebebasan media telah dipermainkan, wartawan Utusan Malaysia ini telah menulis kata di atas kad yang berbunyi “Ketulusan telah mati di sini”.
Beliau  kemudiannya memegang kad tersebut dan berarak seorang diri dihadapan DUN Pulau Pinang. Melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohd Firdaus memberitahu bahawa beliau pernah dihalang sebelum ini untuk membuat liputan, namun atas sebab tertentu beliau merahsiakannya. Malah, wartawan Utusan ini juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui. Wartawan ini juga melahirkan kekecewaan pada negeri yang sering melaungkan kebebasan media ini tetapi tidak berusaha untuk mengamal dan mempertahankannya.


KES 2:  WARTAWAN TIDAK DIBENARKAN MENEMURAMAH KELUARGA MANGSA MH17

Seorang jurugambar The New Straits Times, Mohd Aizuddin telah ditumbuk oleh kenalan mangsa MH17. Ketika kejadian, jurugambar itu bersama wartawan-wartawan lain sedang membuat liputan mayat tiga beranak mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Subashni J. Retnam; suaminya, Paul Goes dan bayi perempuan mereka, Kaelamayajay yang tiba di Malaysia. Bagaimanapun, orang ramai bersama petugas di pusat itu berjaya meredakan keadaan, manakala Mohd. Aizuddin Akmal dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Berikutan dengan keadaan ini,  wartawan yang mula berkumpul sejak 8 pagi di rumah ibu bapa mangsa di Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras di sini juga tidak dibenarkan menemui keluarga Subashni atau dikenali sebagai Shuba oleh seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga terdekatnya dengan alasan mereka masih bersedih.

Kesimpulannya definisi etika kewartawanan ialah tindakan, cara, ciri dan penulisan bagi seseorang wartawan dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Manakala konsep kewartawanan menurut islam ialah wartawan berperanan sebagai pendidik dalam masyarakat yang membawa masyarakat kearah kebaikan dan kewartawanan dijadikan sebagai ibadah apabila melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas, kesungguhan, tanggungjawab dan menyedari dengan penuh keinsafan bahawa tugas dan peranannya sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia ini. Etika kewartawanan secara umumnya ialah perlu wujudnya sifat kejujuran dalam diri seseorang wartawan. Ianya termasuklah untuk melaporkan berita yang benar dan sah tanpa melakukan sebarang perubahan fakta mengenai sesuatu berita-berita yang berbaur fitnah terhadap seseorang, merahsiakan fakta yang perlu dirahsiakan dan sebagainya.


Hal ini kerana tanpa sikap kejujuran dalam diri seseorang wartawan ianya adalah menyalahi etika kewartawanan. Manakala, etika kewartawanan menurut islam ialah seseorang wartawan itu perlu mengamalkan disiplin ilmu dalam periwayatan hadis sebagai cara untuk menafsir, menganalisis dan mengunakan sesuatu sumber untuk melaporkan berita. Disiplin ilmu peiwayatan hadis yang sangat ketat perlu dicontohi oleh para wartawan agar dapat melaporkan berita yang benar-benar sahih faktanya supaya dapat mengelakkan berlakunya fitnah terhadap perkara yang akan dilaporkan. Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan islam yang perlu dipatuhi oleh wartaan islam iaitu niat melakukan tugas kerana Allah SWT, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi  dan yang paling penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan sesuatu berita dan serta sumbersesuatu berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada masyarakat

LAMPIRAN

CONTOH LIPUTAN AKHBAR



Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 22hb Oktober 2009


Keratan Akhbar mengenai isu guru KPLI kurang kualiti


Pernah diberi liputan di akhbar tentang penderitaanya


Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 6 Ogos 2010. Tajuk: Bayi Lelaki Berbogel Ditinggal Dalam Kotak


Wartawan dalam mencari, mengumpul dan mengupas maklumat secara sahih dan tepat.


Penulisan wartawan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.